Pages

Iklan

Wednesday, 14 September 2011

Piala Malaysia:NS kekal rekod tanpa kalah

Negeri Sembilan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Malaysia apabila mengatasi Terengganu 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Negeri Sembilan terpaksa menunggu minit ke-64 untuk mencipta jaringan apabila Shahurain Abu Samah yang dapat melepasi benteng pertahanan Terengganu, menolak masuk bola ke dalam gawang Terengganu.

Gol itu menyemarakkan semangat Negeri Sembilan untuk terus melancarkan serangan demi serangan, namun gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun juara Piala FA musim ini, Terengganu yang sesekali mengasak kubu skuad Negeri Sembilan turut gagal memperolehi gol penyamaan sehingga tamat perlawanan.-Astro

Sumber: Astro

No comments:

Post a Comment